Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal, perkara wajib yang perlu ditunaikan oleh umat islam adalah pembayaran zakat fitrah. Secara khususnya, ketua keluarga adalah individu yang perlu menunaikan zakat fitrah mengikut waktu bayar zakat fitrah yang disarankan iaitu pada waktu afdal dan waktu harus.
Namun, andai kata seseorang terlepas pandang ataupun terlupa sehingga tibanya waktu haram dan terlepas waktu afdal untuk bayar zakat fitrah, apa yang perlu dilakukan? Jadi, mari kita lihat sedikit info jika ia boleh membantu atau dijadikan ilmu tambahan buat anda.
Seseorang perlu faham, terdapat 5 waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah iaitu:
Bagi mereka yang terlepas hingga masuk ke waktu makruh dan waktu haram dalam mengeluarkan zakat fitrah, tetaplah menjadi kewajiban bagi mereka untuk segera mengeluarkannya. Dan bagi yang terlepas hingga masuk ke waktu haram, hendaklah dia membuat niat untuk mengganti zakat fitrah yang telah dikeluarkan, disertai dengan taubat kerana menangguhkan pembayarannya. Jika tidak, dia akan terus berada dalam dosa selagi zakat fitrah itu tidak diganti.
Oleh itu, bayaran zakat fitrah pada waktu makruh dan haram perlu dirujuk kepada amil tempat masing-masing termasuklah dengan mengunjungi Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen, (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertindak sebagai penolong amil kepada Lembaga Zakat Selangor.
Sumber: X @H_Bakkaniy
Rujukan: TaqrirÄt Al Sadidah fi MasÄil Mufidah, Habib Hasan Al Kaff hadizahullah.
Pautan Lain: Kaunter Zakat UPM
Tarikh Input: 25/04/2024 | Kemaskini: 25/04/2024 | nuriqra
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.