LAPORAN KUTIPAN ZAKAT 2022 |
Pada tahun 2022, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengutip dana Zakat sebanyak RM8,698,444.94 melepasi kutipan tahun 2021 sebanyak RM7,599,489.66. Kutipan pada tahun 2022 ini juga melepasi sasaran RM7.7 Juta berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diletakkan oleh UPM dan RM8.35 Juta oleh Lembaga Zakat Selangor. |
Jumlah kutipan tersebut merupakan hasil daripada kutipan mengikut jenis-jenis zakat. Kutipan zakat ini merangkumi dua jenis kutipan iaitu melalui skim potongan gaji sebanyak RM5,149,698.43 dan melalui kutipan di kaunter sebanyak RM3,548,746.51. |
Bersama-sama ini disertakan butiran laporan perbandingan kutipan zakat bagi tahun 2021 dan 2022 |
Laporan kutipan zakat keseluruhan bagi tahun 2022 dan 2021
|
Laporan pecahan kutipan zakat keseluruhan mengikut Skim Potongan Gaji dan Kaunter Kutipan Bagi Tahun 2022 dan 2021 |
Laporan kutipan zakat keseluruhan mengikut jenis zakat bagi tahun 2021 dan 2022 |
Updated:: 19/01/2023 [rizal_helmi]
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Open: Monday - Friday.
Close: Saturday, Sunday and Public Holiday.