UPM, 15 Februari 2019 – Pemantapan dana wakaf UPM terus dipacu dengan kerjasama semua warga UPM bersama WAZAN. Pada tahun ini, sempena Majlis Perutusan Yang Berbahagia Naib Canselor 2019, WAZAN telah berjaya menunaikan hasrat para penyumbang dana wakaf Ambulans yang bernilai hampir RM230,000. Di samping itu, hari ini WAZAN turut menerima sumbangan wakaf Royalti Buku daripada Profesor Dr. Abdul Muati @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Wakaf ini melibatkan tiga buku nukilan beliau antaranya “Keris Melayu Semenanjung: Satu Pengenalan”, ‘Kota Kuala KEDAH: Gelanggang Harimau Menerkam” dan “Kuala Kedah Fort: Court of Leaping Tiger”.
Hasil royalti buku ini sudah pasti dapat dimanfaatkan oleh WAZAN untuk meluaskan lagi bantuan wakaf kepada pelajar asnaf khususnya. Seterusnya, hasil keuntungan buku ini turut meningkatkan pembangunan pendidikan tinggi di UPM. Oleh yang demikian, WAZAN sangat berbesar hati dengan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pewakaf di WAZAN khususnya warga kampus dan masyarakat setempat. Semoga segala pemberian wakaf yang disumbangkan akan mendapat keberkatan dan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T.
Tarikh Input: 04/03/2019 | Kemaskini: 04/03/2019 | m.jazmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.