UPM SERDANG, 23 April - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 melibatkan seluruh Pusat Tanggungjawab (PTj) seluruh UPM semalam pada Syawal ke-14 seperti tahun kebiasaannya.
Penganjuran sambutan megara raya pada tahun ini berbeza sedikit daripada penganjuran pada tahun sebelumnya yang manaia berkonsepkan rumah terbuka. Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) digalakkan membuat persiapan dengan cara sendiri seperti menyediakan juadah, membuat hiasan serta menjemput dan menerima jemputan dengan menjadikan pejabat seperti rumah terbuka.
Staf-staf UPM dan dari pihak luar juga dibenarkan untuk saling berkunjung antara satu PTj dan PTj yang lain.
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN), UPM juga melibatkan diri dengan membuat persiapan untuk menyambut majlis hari raya peringkat UPM ini dengan membuat hiasan, gotong royong pada sehari sebelumnya. Pada hari kejadian, semua staf telah terlibat dalam menyediakan hidangan untuk menerima tetamu seperti hidangan makanan, tempat makan dan sebagainya.
WAZAN UPM amat bertuah apabila Naib Canselor, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah sudi mengunjungi Rumah Terbuka WAZAN UPM pada sebelah petang bagi meraikan majlis hari raya serta menyantuni para staf di WAZAN UPM.
Sambutan mega raya aidilfitri ini diraikan dengan penuh makna dan kesyukuran kerana ianya dapat mengeratkan silaturrahim di antara PTJ-PTJ melalui ziarah-menziarahi antara satu sama lain. - WAZAN UPM
Tarikh Input: 24/04/2024 | Kemaskini: 24/04/2024 | nuriqra
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.