WAZAN Anjur Program Memperkasa Jati Diri NLP | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Anjur Program Memperkasa Jati Diri NLP

WAZAN Anjur Program Memperkasa Jati Diri NLP

Oleh Ayu

 

UPM, 20 OKTOBER - Program Memperkasa Jati Diri NLP telah dianjurkan di Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 20 dan 21 Oktober 2018. Program yang dijalankan selama dua hari ini merupakan program anjuran Pusat Pengurusan Wakat, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM.

 

 

 

Tujuan program ini dianjurkan ada untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk memperkasakan jati dri mereka melalui beberapa modul yang dijalankan sepanjang program ini dijalankan. Sebanyak empat modul dijalankan pada hari pertama. Pengendalian diri dan corak bulatan kecemerlangan diri, sistem kepercayaan diri, mengubah persepsi dan perlakuan serta hasil dan matlamat (WHO) merupakan anatara modul yang dijalankan sepanjang program dilaksanakn.

 

 

Kemudian, program ini juga dianjurkan untuk memberi pendedahan dalam usaha menjadi pelajar kelas pertama di universiti. Selain itu, program ini memfokuskan kepada pelajar asnaf di Universiti Putra Malaysia. Oleh itu, program kecemerlangan pelajar seumpama ini wajar dijalankan bagi meningkatkan keyakinan diri mahasiswa di kampus. - WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 24/10/2018 | Kemaskini: 05/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaIAN~