UPM ANJUR SESI LIBAT URUS MAWEZ UNIVERSITI AWAM
NILAI, 7 Nov - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan sesi libat urus Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat (MAWEZ) Universiti Awam (UA) 2023 bagi menyeragamkan pangkalan data kutipan dan agihan dana secara berpusat di sini, semalam.
Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang berkata penubuhan MAWEZ UA akan bertindak sebagai badan penggerak kepada pemerkasaan dan pemantapan wakaf, endowmen dan zakat dengan strategi pendanaan yang lestari.
Katanya, MAWEZ merupakan salah satu platform menyahut gagasan Wakaf Madani yang akan diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia sebagaimana dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, usaha ini adalah selari dengan amanat Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin untuk memastikan universiti berfungsi sebaiknya melalui dana, waqaf, endowmen, infak dan apa jua sumbangan, material dan bukan material. -UPM
Tarikh Input: 08/11/2023 |
Kemaskini: 08/11/2023 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA