UPM Serdang, 3 Jan - Mantan Ketua Penolong Pendaftar WAZAN UPM, Tuan Haji Haris Dahlan merupakan hari terakhir beliau di WAZAN UPM isnin lalu. Beliau yang telah berkhidmat di WAZAN UPM sejak Ogos 2021 yang lalu telah ditempatkan di Institut Biosains (IBS), UPM bermula 2 Jan 2024.
Tuan Haji Haris telah memegang tiga potfolio sepanjang tempoh perkhidmatan di WAZAN UPM iaitu selaku Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, Ketua Seksyen Dana Wakaf Ilmu dan Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan.
Seluruh warga WAZAN UPM mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu kepada Tuan Haji Haris dan ucapan terima kasih di atas jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di WAZAN UPM.
Tarikh Input: 05/01/2024 |
Kemaskini: 05/01/2024 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA