TAKLIMAT PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN MIKRO ( MICROCREDIT ENTREPRENEURSHIP DEVELOPMENT - MED ) KEPADA PELAJAR UPM
Putra Science Park (PSP), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mengadakan satu taklimat mengenai Program Pembangunan Keusahawanan Mikro (Microcredit Entrepreneurship Development - MED ) kepada pelajar – pelajar UPM pada 3 Ogos 2021(Selasa) jam 3.00 ptg – 5.00 ptg secara dalam talian.
Taklimat ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan, pengetahuan dan maklumat kepada pelajar mengenai Program MED yang memberi tumpuan kepada Pembangunan Keusahawanan kepada pelajar UPM meliputi pinjaman modal mikro, penambahbaikan idea, pemantauan, bimbingan dan mentor.
Tarikh Input: 03/08/2021 | Kemaskini: 03/08/2021 | rizal_helmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.