SERDANG, 7 JAN - Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menziarahi saudara Muhammad Naim Abdullah, pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) yang terbabit dengan kemalangan jalanraya Khamis lalu.
Saudara Naim yang terlantar di Hospital Serdang sejak Khamis lalu menerima sumbangan segera dari WAZAN UPM yang disampaikan oleh Pengarah WAZAN UPM.
Pihak WAZAN UPM mendoakan agar saudara Naim akan pulih seperti sediakala.
#MYSADAQAH
Tarikh Input: 12/01/2022 |
Kemaskini: 12/01/2022 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA