TAIPING, 9 November - Bagi memenuhi keperluan serta permintaan pelbagai institusi pendidikan dalam menguruskan hal ehwal wakaf di institusi masing-masing, sebuah buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan akan diterbitkan bersama oleh Bahagian Wakaf, Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR) dengan kerjasama dan penyelarasan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia. En. Hairol Anuar Muhammad, Ketua Bahagian Wakaf JAWHAR berkata, pihaknya melantik 36 orang ahli pelbagai latar belakang dan kepakaran yang terdiri dalam kalangan pengurus wakaf, pegawai akademik dan beberapa perunding daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN), universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan lain-lain ejensi berkaitan bagi menjayakan setiap siri Bengkel yang dianjurkan. Menurut Ketua Penyelaras Bengkel, Ustaz Nuruliman Ibrahim, buku Panduan tersebut telah melalui tiga siri bengkel bermula dengan Bengkel Penyediaan pada 4 - 7 Julai 2017 di INTAN Wilayah Timur (INTIM) Kemaman, diikuti Bengkel Pemurnian dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) pada 23 - 25 Ogos 2017 di Traders Hotel Muar dan seterusnya Bengkel Semakan pada 6 - 9 November 2017 di The Regency Hotel Seri Warisan Taiping. Beliau yang juga merupakan Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu (WAZAN, UPM) menambah, buku Panduan tersebut merangkumi sebelas bab yang menyentuh semua aspek pengurusan wakaf bermula dengan bab huraian wakaf; langkah-langkah penubuhan wakaf; pengurusan pemasaran; pengurusan wakaf tunai, harta tanah wakaf dan lain-lain harta wakaf; pengurusan dan pengagihan manfaat wakaf; perakaunan dan pelaporan; hinggalah kepada bab pengauditan dan penyahiktirafan harta wakaf. Pengarah WAZAN, Dr. Hj. Razali Othman pula berkata, buku panduan ini disusun menggunakan bahasa yang mudah dengan huraian yang lengkap serta ringkas, agar sesuai dijadikan rujukan oleh semua pengurus atau bakal pengurus entiti wakaf di setiap peringkat institusi pendidikan, sama ada pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah, institusi pondok dan tahfiz, sehinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi. Hj. Ahmad Musadad Hj. Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dalam majlis perasmian penutup Bengkel semakan buku Panduan tersebut turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat. Tambahnya lagi “Dengan terbitnya buku Panduan ini diharap dapat memperkasa pengetahuan dan kepakaran para pengurus wakaf yang secara langsung akan turut memberi manfaat kepada seluruh umat, khususnya dalam mempertingkatkan kualiti tadbir urus wakaf di semua institusi pendidikan". "Saya juga sangat berterima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan pandangan dalam menjayakan usaha ini. Semoga Allah SWT menganugerahkan ganjaran terbaik di dunia dan di akhirat" doa beliau di akhir ucapan. - WAZAN Online |
Bengkel Semakan pada 6 - 9 November 2017di The Regency Hotel Seri Warisan, Taiping |
Duduk dari kiri: Cik Zarinah Ibrahim (JAWHAR), Prof. Dr. Ismail Omar (UTHM), Dr. Hj. Razali Othman (WAZAN, UPM), Prof. Dr. Yusoff Taib (KUPTM), Us. Nuruliman Ibrahim (WAZAN, UPM). Berdiri dari kiri: Sdri. Norafiqah Senit (IPB), Pn.Yulia (MAIP), Dr. Muhammad Abdul Nasir (UPSI), En. Wan Dhaiuddin (KUIPs), Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz (UKM), Us. Muhammad Adib Hassan (UniMAP), En. Ahmad Hafiz Abd Kadir (JAWHAR), Sdri. Nik Khairul Izzati Muhammad Faris (IPB). |
Bengkel Pemurnian pada 23 - 25 Ogos 2017di Traders Hotel, Muar |
Duduk dari kiri: Dr. Rohayu Abdul Ghani (UKM), Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood (UM), Hj. Yosree Hj. Ikhsan (MAIJ), Hj Jaafar Ismail (JAWHAR), Dr. Hj. Razali Othman (WAZAN, UPM), Us. Nuruliman Ibrahim (WAZAN, UPM), Cik Zarina Ibrahim (JAWHAR). Berdiri dari kiri: Dr. Hj. Ridzwan Bakar (MMU), Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim (KUPTM), Prof. Dr. Yusoff Taib (KUPTM), Prof. Dr. Wan Mokhtar Wan Yusoff (UKM), En. Asharaf Mohd Ramli (USIM), Prof. Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff (UTHM), Prof. Dr. Ismail Omar (UTHM), Hj. Mohiddin (JKPTG), En. ... (...), En. Mohd Faizal Ab Hamid (JAWHAR), Hj. Azzerol Effendi Abdul Kadir (PWNS-MAINS), En. ... (...). |
Bengkel Penyediaan pada 4 - 7 Julai 2017di INTAN Wilayah Timur (INTIM), Kemaman |
Barisan hadapan dari kiri: Cik Zarina Ibrahim (JAWHAR), Pn. Rozita (KPT), Prof. Madya Dr. Fuadah Johari (USIM). Barisan tengah dari kiri: En. ... (...), Hj. Yosree Hj. Ikhsan (MAIJ), Prof. Dr. Yusoff Taib (KUPTM), Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan (UniSZA), Prof. Dr. Ismail Omar (UTHM), En. Ruzman Ramli (JAWHAR), Prof. Dato' Mohd Nasir Saludin (KUPTM), En. ... (...), En. Ahmad Hafiz Abd Kadir (JAWHAR). Barisan belakang dari kiri: Hj. Mohiddin (JKPTG), En. Asharaf Mohd Ramli (USIM), Us. Nuruliman Ibrahim (WAZAN, UPM), En. ... (...), En. ... (...), En. ... (...), En. Muhammad Arif Ihtifazuddin (UIM), En. Mohd Zul Fadlain Abdullah (UIM). |
PROSES PELAKSANAAN PEMBUKUANPANDUAN PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN |
|
SUSUNAN BAB DAN TOPIKBUKU PANDUAN PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN |
BAB 1 : PENDAHULUANBAB 2 : WAKAF DAN HURAIANNYABAB 3 : PENUBUHAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKANBAB 4 : TADBIR URUS WAKAFBAB 5 : PEMASARAN WAKAFBAB 6 : PENGURUSAN WAKAF TUNAIBAB 7 : PENGURUSAN WAKAF HARTA TANAH DAN HARTA LAINBAB 8 : PENGURUSAN DAN PENGAGIHAN MANFAAT WAKAFBAB 9 : PERAKAUNAN DAN PELAPORAN WAKAFBAB10 : PENGAUDITAN ASET WAKAFBAB 11 : PENUTUP |
AHLI JAWATANKUASA PEMBUKUANPANDUAN PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN
|
FASILITATORKetua FasilitatorDr. Hj. Razali OthmanPengarahPusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)Universiti Putra Malaysia (UPM)Fasilitator IUs. Nuruliman IbrahimKetua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf IlmuPusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)Universiti Putra Malaysia (UPM)Fasilitator IIProf. Dr. Ismail OmarJabatan Pengurusan Harta TanahFakulti Pengurusan Teknologi dan PerniagaanUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Fasilitator IIIDr. Hj. Ridzwan BakarBendahariYayasan Universiti Multimedia (YUM)Fasilitator IVProf. Dr. Yusoff TaibDekan...Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)Fasilitator VProf. Madya Dr. Fuadah JohariPenyelaras Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)PENYELARASKetua PenyelarasUs. Nuruliman IbrahimKetua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf IlmuPusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)Universiti Putra Malaysia (UPM)Penyelaras IEn. Hairol Anuar MohamadPengarah Bahagian WakafJabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)En. Ruzman Ramli(Mantan) Pengarah Bahagian WakafJabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)Penyelaras IICik Zarina IbrahimBahagian WakafJabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)Penyelaras IIIEn. Ahmad Hafiz Abd KadirBahagian WakafJabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)Penyelaras IVPn. Sabariah NikSeksyen Pengurusan Dana Wakaf IlmuPusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)Universiti Putra Malaysia (UPM)Penyelaras VEn. Mohd Fazarul Mohd SafainBahagian WakafJabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIN)Hj. Azzerol Effendi Abdul KadirKetua Pegawai EksekutifPerbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS)Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)Hj. Yosree Hj. IkhsanKetua Penolong PengarahBahagian Zakat, Mal dan WakafMajlis Agama Islam Johor (MAIJ)Ir. Abdul Karim Mohamed @ IsmailBahagian Pembangunan dan PelaburanMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)En. Muhammad Lutfi Hilmi TakiuddinBahagian Pembangunan dan PelaburanMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)En. Muhammad AzrulBahagian Baitul MalMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)En. Muhammad RidzuanUnit WakafSeksyen Pembangunan HartaBahagian Pengurusan MalMajlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Trengganu (MAIDAM)Pn.YuliaUnit Pengurusan WakafBahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan WakafMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)UNIVERSITI AWAM (UA)Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh MahamoodPengarah UM AwqafUniversiti Malaya (UM)Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz Md SallehTimbalan PengarahYayasan CanselorUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan…(UniSZA)Prof. Sr. Dr. Wan Zahari Wan YusoffPusat Endowmen dan WakafUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latif…(UPSI)Dr. Sufian...Universiti Malaya (UM)En. Asharaf Mohd Ramli…Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Us. Muhammad Adib Hassan…(UniMAP)INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)Prof. Dr. Abdul Razak IbrahimNaib CanselorKolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)Prof. Dato' Dr. Mohd Nasir SaludinTimbalan Naib Canselor…Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)Dr. Mohd Faizal…Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)En. Mohd Zul Fadlain Abdullah…Universiti Islam Malaysia (UIM)En. Muhammad Arif Ihtifazuddin…Universiti Islam Malaysia (UIM)En. Wan Dhaiyudeen Helmy Wan Omar…(KUIPs)LAIN-LAINEn. Mohd Faizal Ab HamidPengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama AntarabangsaJabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)En. Shahrul Ridhwan S AliSeksyen MuamalatBahagian Perancangan dan PenyelidikanSektor DasarJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Pn. Rozita(Mantan) Ketua ProgrmPejabat Pengurusan ProgramKementerian Pendidikan Tinggi (KPT)Dr. Nur Hanani HussinPenolong PengarahUnit Pendidikan Islam MenengahBahagian Pendidikan IslamKementerian Pelajaran Malaysia (KPM)Hj. Mohiddin…Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)Negeri SembilanEn. Saifuldin…Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)Perlis
Prof. Dr. Wan Mokhtar…(UKM) |
Tarikh Input: 10/11/2017 | Kemaskini: 28/09/2018 | m.jazmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.