UPM Serdang, 17 Jun - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM telah memperoleh tempat pertama kutipan zakat dalam Insentif Ramadan 1441H kategori Penolong Amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pengajian Islam Selangor anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Kutipan ini yang melibatkan semua penolong-penolong amil IPT dan IPIS di Selangor ini telah dinilai sepanjang bulan Ramadan 1441H. Kutipan meliputi zakat harta dan zakat fitrah sepanjang tempoh tersebut.
UPM menerusi WAZAN telah memperoleh RM827,081.73 untuk memperoleh tempat pertama. Diikuti oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di tempat kedua dengan memperoleh RM309,769.05 dan RM291,993.44 oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) di tempat ketiga.
Tarikh Input: 29/06/2020 | Kemaskini: 14/07/2020 | rizal_helmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.