FBSB DAN WAZAN ADAKAN PERBINCANGAN BERKAITAN ZAKAT DAN ASNAF
Dari kanan: En. Mohd Rizal Helmi A Razak, Prof. Madya. Dr. Mohd Daud Awang, Prof. Ts. Dr. Hidayah Arifin dan Cik Nurhidayah Azizi
UPM SERDANG, 28 FEB - Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) intai peluang menjalankan usahasama dengan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat di fakulti berkenaan.
Menurut Prof. Ts. Dr. Hidayah Arifin, Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, "FBSB mengintai peluang untuk menjalankan usahasama dalam usaha mempertingkatkan kutipan zakat bagi memperoleh upah selaku wakil WAZAN di fakulti ini", katanya dalam satu sesi perjumpaan bersama-sama Pengarah WAZAN di sini semalam.
Menurut Pengarah WAZAN UPM, bagi memperoleh upah zakat, pihak fakulti perlulah mendaftar sebagai 'Keluarga WAZAN' dengan menjadi wakil kepada WAZAN dalam memperoleh dana zakat bagi mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang diletakkan oleh LZS.
"Jika pihak fakulti berhasrat untuk menjadi wakil WAZAN UPM dalam mengutip zakat, fakulti perlulah mendaftar sebagai 'Keluarga WAZAN' bagi memudahkan pihak WAZAN menjalankan hal-hal berkaitan pengurusan di fakulti berkenaan", katanya.
Pihak WAZAN UPM juga mencadangkan beberapa cadangan berkaitan dengan pengagihan dana zakat kepada asnaf di UPM dengan cadangan kepada beberapa program agihan termasuklah program WAZAN Care yang melibatkan asnaf dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan.
Dalam sesi perbincangan tersebut turut dihadiri oleh wakil WAZAN UPM En. Mohd Rizal Helmi A Razak, Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran, En. Ahmad Syazwan Mohd Basri, Pegawai Eksekutif 3 dan wakil FBSB Cik Nurhidayah Azizi, Pegawai Eksekutif 3.
Tarikh Input: 28/02/2022 |
Kemaskini: 01/03/2022 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA