UPM Serdang, 30 Jan – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Univerisiti Putra Malaysia (UPM) menerima sumbangan dana zakat wakalah daripada Bank Rakyat sebanyak RM30,000.00.
Sumbangan tersebut adalah dikhususkan kepada pelajar-pelajar asnaf di UPM yang mngambil ijazah sarjana muda sahaja.
Sumbangan ini meliputi pelbagai bentuk agihan antaranya bantuan sara diri, yuran dan program-program bantuan/pembangunan pelajar.
Bank Rakyat merupakan rakan strategik WAZAN UPM dalam perlbagai bentuk kerjasama khususnya dalam membantu pelajar asnaf di UPM yang memerlukan. -WAZAN UPM
Tarikh Input: 30/03/2023 |
Kemaskini: 29/01/2024 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA