Sekitar Majlis Apresiasi Mahabbah dan Pelancaran Bulan Zakat dan Wakaf Al Falah anjuran WAZAN UPM
Majlis yang dilancarkan oleh Yang Hormat Dato' Naib Canselor UPM ini merupakan majlis yang bertujuan memberikan penghargaan kepada penyumbang yang memberikan sumbangan dana yang besar disamping menjalinkan hubungan strategik dengan penyumbang dalam kalangan syarikat-syarikat korporat.
Dalam majlis ini juga turut diadakan sesi penyerahan Plak Platinum Zakat Selangor bagi Penolong Amil IPT Selangor yang mengutip zakat melebihi RM1 Juta. Sesi penyampaian tersebut disampaikan oleh En. Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Ketua Pengawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor kepada YH. Dato' Naib Canselor UPM.
Date of Input: 30/11/2022 |
Updated: 30/11/2022 | rizal_helmi
MEDIA SHARING