Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 24 (5) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik Profesor Madya Dr. Mohd Daud bin Awang sebagai Pengarah, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia bagi tempoh dua tahun mulai 15 Oktober 2021 hingga 14 Oktober 2023.
Semoga makluman ini mendapat perhatian seluruh warga kampus.
Sekian, terima kasih.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERILMU BERBAKTI"
Pengarah
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat
UPM
Date of Input: 28/10/2021 |
Updated: 28/10/2021 | rizal_helmi
MEDIA SHARING