UPM, 28 Januari 2019 –ILMU. Seramai 20 orang pelajar asnaf di bawah Tajaan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah menyertai Program Pembangunan Kepimpinan AL-Fateh. Program ini merupakan program yang Julung kalinya diadakan hasil kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan juga Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM). Program yang diadakan selama 3 Hari 2 Malam pada 13 hingga 15 Januari 2019 bertempat di DashBox Hotel, Cyberjaya telah memberi manfaat kepada para peserta. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pemimpin generasi asnaf yang berwibawa dan produktif. Para peserta bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai bentuk teori dan praktikal kepimpinan, malah peranan dan tanggungjawab WAZAN sebagai sebuah institusi yang menguruskan zakat turut diperjelaskan. WAZAN juga turut berharap dengan adanya program-program sebegini dapat merealisasikan impian setiap para peserta tertakluk kepada pemantauan yang mantap serta berterusan.
Video : https://www.youtube.com/watch?v=JE6GsamExAo&feature=youtu.be
Date of Input: 31/01/2019 | Updated: 04/03/2019 | m.jazmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Open: Monday - Friday.
Close: Saturday, Sunday and Public Holiday.