Pembangunan Asnaf Kelas Pertama Di Bawah Program NLP Sepanjang 2018 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » Pembangunan Asnaf Kelas Pertama di Bawah Program NLP Sepanjang 2018

Pembangunan Asnaf Kelas Pertama di Bawah Program NLP Sepanjang 2018

UPM, 31 Disember 2018 – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah menjalankan lima siri program Neuro-Linguistic Programming (NLP). Secara khususnya, NLP merangkumi tiga aspek utama bagaimana seseorang mahasiswa berfikir menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf manusia (Neuro),melibatkan penggunaan bahasa (Linguistic) serta strategi yang melibatkan tindakan mahasiswa tersebut (Programming) bertujuan mendapatkan sesuatu hasil.

Oleh yang demikian, WAZAN telah melaksanakan lima siri program NLP sepanjang tahun 2018 bagi membantu meningkatkan pengetahuan mahasiswa cemerlang UPM di bawah kategori Asnaf. Sehubungan itu, NLP siri 1 dilaksanakan pada 24 hingga 25 Febuari 2018 di Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Kemudian, program NLP diteruskan lagi dalam siri 2 yang dilaksanakan pada 3 hingga 4 March 2018 di Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Program siri 2 ini adalah kesinambungan daripada siri 1 yang telah dijalankan pada Febuari 2018 di lokasi yang sama.

Seterusnya, program NLP dilaksanakan lagi pada 20 hingga 22 April 2018 bertempat di Hotel Sentral Riverview Melaka. Program ini telah disertai oleh 36 orang pelajar penerima bantuan zakat yang mendapat Intensif Kecemerlangan.

Selain itu, program NLP juga telah dilaksanakan pada 20 dan 21 Oktober 2018 yang bertempat di Dewan Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Antara kandungan modul yang diterapkan kepada mahasiswa, iaitu tentang pengendalian diri dan corak bulatan kecemerlangan diri, sistem kepercayaan diri, mengubah persepi dan perlakuan serta hasil dan matlamat (WHO).

Program NLP yang dijalankan pada 9,10 dan 11 November 2018 yang bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan adalah penutup bagi tahun 2018. Sehubungan itu, program ini bertujuan meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berfikir kepada pelajar daripada kategori Asnaf di Universiti Putra Malaysia. Hal ini kerana pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia mengambil berat akan keperluan pelajar Asnaf dalam pembangunan Asnaf kelas pertama.

Date of Input: 31/12/2018 | Updated: 31/12/2018 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1548118585