UPM Serdang, Mac - Badan Kebajikan MK telah menyerahkan sumbangan zakat wakalah kepada Pusat pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) sebanyak RM75,000.00 pada bulan Ramadan 1444H.
Sumbangan yang diberikan oleh Badan Kebajikan MK ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar asnaf dalam kategori fakir, miskin, fisabilillah, mualaf dan ibnu sabil.
Antara bentuk bantuan yang dihasratkan untuk pelajar asnaf ialah bantuan sara diri dan latihan industri.
Bantuan ini telah diberikan kepada pera pelajarasnaf melalui sistem permohonan pelajar yang dimohon oleh para pelajar. -WAZAN UPM
Date of Input: 31/03/2023 |
Updated: 29/01/2024 | rizal_helmi
MEDIA SHARING