MESYUARAT JK TABUNG AMANAH ZAKAT KALI KE-13 BIL.2/2021
UPM SERDANG - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Mesyuarat JK Tabung Amanah Zakat Kali ke-13 Bil.2/2021 pada bertempat di Bilik Lembaga, Bangunan Canselori UPM.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan dihadiri oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UPM ini diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Mesyuarat ini antara lain membincangkan berkenaan laporan-laporan kutipan dan agihan zakat, aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar asnaf dan aktiviti promosi yang dijalankan oleh pihak WAZAN UPM.
Date of Input: 30/11/2021 | Updated: 13/01/2022 | rizal_helmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Open: Monday - Friday.
Close: Saturday, Sunday and Public Holiday.