KLIA, 1 Feb - Pelajar-pelajar Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Putra Malaysia (KDBAUPM) berlepas ke Jordan di sini bagi mengikuti Putra Arabiy Mobility Programme bermula 2 Februari hingga 2 Mac 2020.
WAZAN telah menaja sebanyak RM17,000 kepada 17 orang pelajar KDBAUPM dengan peruntukkan sebanyak RM1,000 bagi setiap pelajar yang terdiri daripada pelajar Bachelor dan Master Sastera Bahasa Arab untuk mengikuti program ni menggunakan sumber Zakat.
Program mobiliti yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung selama satu bulan di Pusat Bahasa, Universiti Al al-Bayt di Mafraq, Jordan. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti kursus Bahasa Arab di universiti tersebut disamping mempelajari budaya masyarakat Arab di sana.
Terdahulu, pelajar-pelajar terlibat tiba di perkarangan pintu masuk lapangan terbang bersama-sama keluarga, turut hadir En. Zuhaimi bin Abdul Rahim, Ketua Seksyen Zakat dan Pembangunan Asnaf, WAZAN dan pensyarah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Date of Input: 03/02/2020 | Updated: 03/02/2020 | nuruliman
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Open: Monday - Friday.
Close: Saturday, Sunday and Public Holiday.