“ARWAH AMANAHKAN SAYA UNTUK KEMBALIKAN SUMBANGAN INI KE DANA WAKAF ILMU UPM” - WARIS | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » “ARWAH AMANAHKAN SAYA UNTUK KEMBALIKAN SUMBANGAN INI KE DANA WAKAF ILMU UPM” - WARIS

“ARWAH AMANAHKAN SAYA UNTUK KEMBALIKAN SUMBANGAN INI KE DANA WAKAF ILMU UPM” - WARIS

PUTRAJAYA, 4 Mac - Staf UPM yang meninggal dunia sempat menyampaikan amanat kepada waris (suami) untuk memberikan kembali sumbangan yang diterima atas namanya kepada Dana Wakaf Ilmu UPM.
 
 
Almarhumah Prof. Madya Dr Norhafizah yang merupakan pegawai akademik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah meninggal dunia akibat penyakit kanser di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM pada 22 Februari 2024 yang lalu.
 
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama-sama Sahabat Masjid, Pejabat Pendaftar, Persatuan Pegawai Akademik UPM (PPAUPM) dan Pusat Islam UPM telah menyantuni dan menziarahi waris almarhumah iaitu En. Nazari Jaafar di kediaman mereka di Presint 8, Putrajaya Jumaat lalu sebagai satu usaha tanggungjawab UPM kepada almarhumah yang telah berkhidmat di UPM lebih 20 tahun yang lalu.
 
 
Menurut Nazari, 53, “arwah telah amanahkan saya untuk serahkan segala sumbangan yang diberikan atas nama beliau dipulangkan kembali kepada Tabung Wakaf Ilmu UPM”, katanya ketika sesi penyampaian sumbangan pengurusan jenazah oleh Pejabat Pendaftar UPM dan sumbangan khairat kematian.
 
Waris telah menyampaikan sumbangan yang diamanahkan untuk Dana Wakaf Ilmu yang diuruskan oleh WAZAN UPM. Selain itu, sumbangan yang diberikan oleh WAZAN UPM dan PPAUPM pula akan digunakan untuk aktiviti bulan Ramadan yang akan diuruskan oleh Sahabat Masjid UPM.
 
WAZAN UPM diwakili oleh En. Mohd Rizal Helmi A Razak, Ketua Unit Berita dan Perhubungan Korporat, En. Bukryman Sabri, Pengerusi Sahabat Masjid UPM, Pn. Rosna Jasin, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar, Dr. Hanny Zurina Hamzah, wakil PPAUPM dan wakil Pusat Islam / Kariah Masjid Serdang, Ustaz Mohd Firdaus Abd Rashid.

Date of Input: 04/03/2024 | Updated: 04/03/2024 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEcCAS~