Bagi memudahkan para pelajar dan staf membuat permohonan bagi bantuan wakaf dan zakat, ruangan ini adalah medium capaian termudah untuk para pelajar dan staf.
Dalam memperkasakan agihan wakaf, zakat dan infaq, WAZAN UPM menyediakan ruangan ini bagi memudahkan para pelanggan membuat capaian kepada aktiviti memperkasakan projek wakaf, pembangunan asnaf dan projek sumbangan 5+2+2+1.
Bagi memastikan WAZAN telus dalam aktiviti kutipan dan agihan, para pelanggan boleh menyemak laporan kutipan dan agihan bagi dana wakaf, zakat dan infaq di UPM.
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SERAMAI 30 PELAJAR TERMASUK PELAJAR ORANG KELAINAN UPAYA TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA DARIPADA DYMM TUANKU CANSELOR UPM
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan sumbangan hari raya yang kepada 30 orang pelajar dalam pelbagai kategori asnaf dalam kategori asnaf fakir, miskin, muallaf dan pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar kategori ibnu sabil.