Rakan Bakti Putra

 

Program Rakan Bakti Putra (RBP), Universiti Putra Malaysia ditubuhkan pada 15 Oktober 2015 bertujuan untuk mempergiatkan dan memperkukuhkan usaha membudayakan pelajar Berinisiatif, Berdikari dan Berbakti ddalam kalangan pelajar UPM. Program ini diselia oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dengan kerjasama  Pejabat Bursar UPM.

Program ini memberi keutamaan sasaran dalam kalangan pelajar asnaf. Melalui program ini, pelajar dapat memberi sumbangan kepada universiti dan dalam masa yang sama membantu pelajar supaya tidak terlalu bergantung kepada sumbangan atau bantuan kerajaan/universiti dan mereka berpeluang menambah pendapatan serta dapat pertingkatkan keupayaan kewangan di dalam tempoh pengajian.