Pengenalan

Tradisi berbakti  di bumi UPM telah tumbuh mekar sejak sekian lama, yang merangkumi seluruh bidang utama dan aktiviti teras universiti, seperti pendidikan dan penyelidikankhidmat sosial dan kesukarelawan; sama ada dengan mendermakan wang dan harta; menyumbangkan ideamasa serta tenaga; berkongsi ilmu pengetahuan serta kepakaran; dan sebagainya.

Budaya “Berilmu Berbakti” di UPM telah disuburkan lagi dengan beberapa instrumen kedermawanan (filantropi) menerusi sektor pendanaan berasaskan sumbangan seperti derma, hadiah, sedekah, zakat, wakaf dan lain-lain lagi.

Penubuhan Rakan WAZAN merupakan kesinambungan dan penyeri tambahan dalam memperkasa budaya berbakti yang bukan sahaja berperanan sebagai mekanisme kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan, bahkan yang lebih penting lagi adalah tuntutan keimanan selaku khalifah dalam mentadbir dan memakmurkan amanah Allah SWT.

 

LATAR BELAKANG

Rakan WAZAN ditubuhkan untuk sama-sama menjayakan program-program yang dianjurkan oleh WAZAN terutamanya bagi program kesukarelawan. Rakan WAZAN juga merupakan satu platform untuk berkongsi maklumat mengenai WAZAN bersama masyarakat sekitar samada di dalam atau luar kampus UPM. 

Dengan berkongsi maklumat dengan warga sekitar, Rakan WAZAN sedikit sebanyak dapat memperkenalkan sekaligus mempromosi Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Enodwmen(WAZAN) serta program-program yang telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan oleh pihak WAZAN. 

Rakan WAZAN juga berfungsi sebagai satu pusat sehenti yang berperanan sebagai penganjur utama, pengantara serta pemudahcara  kepada amalan berbakti dan kesukarelawan dalam UPM, menyuburkan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyumbang apa sahaja yang bermanfaat dalam melaksanakan amal kebajikan dan membantu golongan sasaran secara tersusun dan berkesan dalam memenuhi setiap keperluan mereka.