Pengenalan

 

Untuk mendaftar sebagai Ahli Sahabat Masjid UPM, sila klik SINI [DAFTAR]

 

Untuk kemaskini maklumat keahlian anda, sila klik SINI [KEMASKINI]

 

PENDAHULUAN

Penubuhan Sahabat Masjid UPM adalah di bawah kelolaan Pusat Islam Universiti yang bertindak sebagai platform untuk memberi peluang kepada pelajar, staf Universiti Putra Malaysia dan komuniti masyarakat sekitar untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran aktiviti pengimarahan dan kerohanian Masjid UPM.

Idea awal penubuhan Sahabat Masjid Universiti Putra Malaysia mula dicetuskan oleh mantan Pengarah Pusat Islam Universiti Allahyarham Hj Mohamad Ghazali Hj Ali pada 2013.

Tujuan utama penubuhan Sahabat Masjid UPM adalah untuk memperkasa budaya berbakti dalam kalangan warga UPM dan kariah Serdang, di samping mengimarahkan pelbagai aktiviti dakwah dan sosial demi kemaslahatan ummah.

VISI

Menjadi Sukarelawan Yang Terunggul Dan Bertaqwa.

MISI

Menjadi satu wadah dalam melahirkan sukarelawan ke arah mendidik dan menyemai nilai keikhlasan serta menyemarakkan semangat berilmu berbakti.

MOTO

"Jom Berbakti"

OBJEKTIF

  • Untuk mengembeling pemuafakatan antara warga UPM dan masyarakat;
  • Menggalakkan ahli Sahabat Masjid terlibat dalam aktiviti berbentuk kesukarelawanan;
  • Menggalakkan ahli Sahabat Membentuk modal insan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan disiplin yang tinggi; dan
  • Meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan menggalakkan khidmat bakti bagi pembangunan diri dan masyarakat serta pembangunan institusi Masjid.

 

SENARAI BIRO

 

BIRO KEUSAHAWANAN

  • Mewujudkan ruang perniagaan di Masjid UPM
  • Menjana kewangan bagi tujuan dana gerak kerja sahabat masjid.

BIRO SUKAN DAN RIADAH

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan, bengkel berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan menurut perspektif Islam
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti riadah
  • Menerapkan / memberi pendedahan aktiviti sunnah

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH

  • Membantu menguruskan program dakwah di masjid UPM
  • Melaksanakan program dakwah di luar UPM
  • Menjalinkan bekerjasama dengan agensi luar berkaitan aktiviti dakwah dan tarbiah

BIRO KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

  • Membantu dalam aspek keindahan persekitaran dalam dan luar masjid
  • Melaksanakan aktiviti gotong-royong secara berkala di masjid

BIRO KEBAJIKAN

  • Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan berbudaya penyayang
  • Menjaga kebajikan ahli Sahabat Masjid UPM

BIRO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

  • Mempromosi Sahabat Masjid UPM
  • Mempromosi aktiviti Sahabat Masjid UPM
 
Ahli Jawatankuasa Sahabat Masjid UPM 2017 - 2019

 

Ahli Jawatankuasa Sahabat Masjid UPM 2015 - 2017