Tujuan

Tujuan utama penubuhan PUTRA|Bakti ialah untuk meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial dan sekali gus meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan warga universiti seperti kemahiran kepimpinan, pengurusan organisasi, komunikasi dan seterusnya menjana pelajar dan staf yang berwibawa dan penyayang.

 

PUTRA|Bakti merupakan satu langkah yang signifikan dalam usaha UPM untuk melaksanakan agenda ihsan dengan memperkukuhkan budaya berbudi, bertoleransi dan penyayang untuk pembangunan modal insan.

 

Ia juga adalah selari dengan moto UPM, “Berilmu, Berbakti”. Nilai pengorbanan dan sifat berbakti ini boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek, antaranya melalui aktiviti kesukarelawanan. Seiiring dengan fungsi universiti sebagai menara ilmu yang tidak memisahkan hubungannya dengan masyarakat luar, aktiviti kesukarelawanan adalah antara platform penting bagi warga universiti memberi sumbangan melalui pemindahan ilmu, kepakaran, dan khidmat masyarakat.