Waqf Schemes | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)

Waqf Schemes

SKIM WAKAF UMUM
Skim ini adalah bersifat Wakaf ‘Am bagi mewujudkan infrastruktur jangka panjang yang lestari untuk dimanfaatkan ke dalam bentuk pulangan simpanan dan pelaburan, atau kepada bentuk aset kekal sebagai sebahagian daripada aktiviti penjanaan pulangan hasil.

SKIM WAKAF KITAB
Skim ini merupakan Wakaf Khas bagi tujuan penerbitan atau pembelian bahan-bahan ilmiah untuk diedarkan di Masjid Universiti dan semua surau Kolej, Fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam kampus.

SKIM WAKAF FASILITI
Skim ini juga adalah bersifat Wakaf Khas yang bertujuan untuk dimanfaatkan melalui penyediaan fasiliti seperti pembelian peralatan makmal, kelengkapan untuk ibadah, kemudahan sistem pembesar suara, pendingin udara dan sebagainya untuk ditempatkan di mana-mana premis dalam Universiti.

SKIM WAKAF KENDERAAN KHAS
Skim Wakaf ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan pengangkutan dalam Universiti seperti kenderaan khas bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), van jenazah, bas pelajar dan sebagainya.

 

Updated:: 15/10/2017 [nuruliman]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1513067210