Waqf Projects | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)

Waqf Projects

Di antara projek khas yang telah dan sedang diusahakan oleh pihak WAZAN dengan kerjasama beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam universiti adalah seperti berikut:-

A. Projek Khas "Wakaf Fasiliti Masjid" UPM.

B. Projek Khas Wakaf "Persada Awqaf" Putrajaya.

C. Projek Khas "Wakaf Pak Ngah Atan" Golf Height, Seremban.

D. Projek Khas Wakaf Kenderaan "Ambulan Pusat Kesihatan" UPM.

E. Projek Khas "Wakaf Hospital Pengajar UPM".

F. Projek Khas "Fasiliti Pelajar Pra-Siswazah Perpustakaan Abdul Samad" UPM.

G. Projek Khas "Fasiliti Gimnasium K10" UPM.

 

 

A. PROJEK KHAS "WAKAF FASILITI MASJID" UPM.

Maaf, kandungan sedang diselenggara.

 

B. PROJEK KHAS WAKAF "PERSADA AWQAF" PUTRAJAYA.

Maaf, kandungan sedang diselenggara.

 

C. PROJEK KHAS "WAKAF PAK NGAH ATAN" GOLF HEIGHT, SEREMBAN

Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) adalah sebuah intitusi penyelidkan kebangsaan yang berperanan menerajui penyelidikan penuaan di Malaysia serta membangunkan model inovasi sosial sebagai input kepada kerajaan menguruskan penuaan penduduk agar warga emas Malaysia menjalani kehidupan aktif dan produktif.

Pihak UPM amat berbesar hati dengan hasrat murni Puan Hjh Hasnah untuk mewakafkan kediaman beliau di Golf Height, Seremban untuk dijadikan pusat jagaan warga emas. MyAgeing™ telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan pusat jagaan/ penyelidikan warga emas ini.

Pusat jagaan/penyelidikan warga emas Teratak Pak Atan ini akan beroperasi secara harian dimana tiada kemudahan bermalam disediakan. Dengan kadar yang berpatutan, warga emas yang berminat boleh hadir secara harian dan pelbagai aktiviti yang bersesuaian akan di sediakan. Aktiviti yang dijalankan, bukan sahaja untuk mengisi masa tetapi direka supaya ianya dapat merangsang pemikiran kognitif dan psikomotor golongan warga emas. Ini dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan mental dan keuzuran yang merupakan masalah lazim dalam warga emas.

Proses pembangunan ini akan melibatkan proses pengubahsuaian Teratak Pak Atan kepada persekitaran yang mesra warga emas. Mesra warga emas bermaksud segala pembinaan adalah mengikut kesesuaian warga emas dan mengurangkan risiko kemalangan. Antaranya ialah pemilihan jenis lantai, pilihan dan susunatur perabut, dan juga pemilihan warna.

Selain sebagai pusat jagaan, aktiviti penyelidikan penuaan juga akan dijalankan yang akan dibuka untuk semua pihak yang berminat. Pihak MyAgeing telah banyak menjalankan kajian kualitatif dalam bidang penuaan. Hasil kajian ini akan dapat diterjemahkan kepada aplikasi sebenar melalui aktiviti ‘translational research’ di pusat jagaan ini.

Projek ini adalah kerjasama diantara beberapa entiti di UPM iaitu MyAgeing™, Pusat WAZAN dan Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina. Diharapkan melalui pembangunan pusat jagaan/ penyelidikan warga emas ini, warga emas kita dapat menjalankan kehidupan harian dengan lebih aktif dan produktif.

 

D. PROJEK KHAS WAKAF KENDERAAN "AMBULAN PUSAT KESIHATAN" UPM.

Maaf, kandungan sedang diselenggara.

 

E. PROJEK KHAS "WAKAF HOSPITAL PENGAJAR UPM".

Maaf, kandungan sedang diselenggara.

 

F. PROJEK KHAS "FASILITI PELAJAR PRA-SISWAZAH PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD" UPM

Maaf, kandungan sedang diselenggara.

 

G. PROJEK KHAS "FASILITI GIMNASIUM KOLEJ 10" UPM.

Maaf, kandungan sedang diselenggara.

Updated:: 23/10/2017 [nuruliman]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1513067163