WAZAN Meraih Kemenangan Pada Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan UPM 2018 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN Meraih Kemenangan pada Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM 2018

WAZAN Meraih Kemenangan pada Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM 2018

Oleh Nuruliman Ibrahim

 

UPM, 02 NOVEMBER – Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2018 yang membawa tema “Pemikiran Kreatif Penggerak Sinergi Inovasi” telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM yang melibatkan penyertaan beberapa Pusat Tanggungjawab(PTJ) dalam UPM. Terdapat beberapa anugerah, hadiah dan penghargaan yang telah diberikan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ), pasukan serta pekerja yang terlibat.

 

 

 

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah mendapat tempat pertama dalam anugerah Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan (Kategori 2). Kemenangan WAZAN dalam kategori tersebut membuktikan bahawa WAZAN mempraktikkan pengurusan kewangan yang baik dan mencapai indeks yang ditetapkan.

     

 

WAZAN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan bersyukur di atas kemenangan yang telah diberikan. WAZAN turut mengucapkan tahniah kepada semua phiak yang telah terlibat dalam HKIP UPM 2018.

 

 

Kemenangan tersebut merupakan satu langkah bagi WAZAN untuk terus maju dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan sepanjang tahun.  – WAZAN Online

Date of Input: 09/11/2018 | Updated: 09/11/2018 | nuruliman

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1542536723