| CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)

Program Soleh English Anjuran Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)

UPM, 12 Disember 2018 - Kepentingan pengetahuan dan komunikasi dalam bahasa Inggeris begitu penting pada masa kini. Hal ini kerana, bidang akademik dan kerjaya menggunakan bahasa Inggeris sebagai penyampai ilmu.

Oleh itu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Soleh English telah diadakan bersempena Bulan Wakaf dan Zakat WAZAN 2018 yang bertempat di Dewan Canselori Putra UPM.

Sehubungan itu, program ini bertujuan meningkatkan penguasaan dan pengetahuan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Oleh itu, program ini telah disertai oleh anak-anak kakitangan Universiti Putra Malaysia yang terpilih bagi menimba ilmu yang bermanfaat untuk masa depan mereka.

Adalah diharapkan Program Soleh English ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar sekolah menengah yang mahir dalam menguasai bahasa yang menjadi Lingua Franca moden ini.  

 

SXDdEA3~