Mosque Facilities | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» MYSADAQAH™ » Mosque Facilities

Mosque Facilities

Wakaf fasiliti merupakan salah satu skim Wakaf Ilmu UPM yang bertujuan menjana sumber kewangan untuk menambahbaik kemudahan masjid UPM. Kutipan dana fasiliti masjid UPM ini, menggunakan prosuder wakaf tunai Perbadanan Wakaf Selangor, di bawah pengurusan Jawatankuasa Dana Wakaf Ilmu UPM. Wakaf adalah harta terbaik kita. Marilah kita sumbangkan sebahagian harta kita untuk wakaf fasiliti masjid UPM. Saya mendoakan semoga sumbangan wakaf kita diterima sebagai sedekah jariah oleh Allah S.W.T yang memperoleh keberkatan dan rahmat berkekalan.

YBHG. PROF. DATIN PADUKA DATO' DR. AINI IDERIS

Naib Canselor

Universiti Putra Malaysia

 

Tujuan wakaf fasiliti masjid UPM ini ialah untuk kita mendapatkan sumbangan yang kita tumpukan kepada tiga tujuan iaitu pertama, kita ingin menggantikan keseluruhan permaidani dewan solat masjid UPM. Kedua, kita berhasrat untuk menambah baik sistem siaraya serta pembesar suara yang telah lama kita gunakan dan tidak lagi berfungsi dengan baik dan yang ketiga kita berhasrat juga untuk memasang 4 buah unit kipas gergasi. Semua kemudahan yang disebutkan tadi memerlukan kos sekitar 1.8 juta. Jadi, besarlah harapan kami di WAZAN UPM semoga seluruh warga UPMkita, ahli-ahli kariah, tuan-tuan, puan-puan atau mana-mana syarikat dapat menghulurkan sumbangan bagi tujuan wakaf fasiliti masjid UPM, insyaAllah.

DR. HJ. RAZALI OTHMAN

Pengarah

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)

 

Wakaf merupakan sesuatu perkara yang sangat penting di dalam islam. Kerana wakaf ini ia melibatkan harta manusia yang dibelanjakan di jalan Allah SWT untuk mendapat keredhaan di sisi Allah SWT. Wakaf merupakan sesuatu perkara yang sangat memberi manfaat kepada orang yang berwakaf dan juga masyarakat yang menerima wakaf tersebut. Oleh itu, marilah sama-sama kita sokong Dana Wakaf Ilmu di UPM, insyaAllah.

DR. MOHD SUKKI OTHMAN

Duta Rasmi Dana Wakaf Ilmu UPM

 

Sumbangan wakaf fasiliti masjid UPM boleh dibuat melalui beberapa kaedah antaranya ialah melalui kaunter WAZAN, menerusi skim potongan gaji, melalui peti-peti sumbangan dana wakaf ilmu UPM di beberapa lokasi dan juga menerusi CIMBclicks perbankan atas talian ATM dan CDM.

USTAZ NURULIMAN IBRAHIM

Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu

 

Memang elok sangat lah kalau kita dapat pasang kipas gergasi kat masjid ni. Kalau boleh kita memang nak aircornd.

HAJI OSMAN SALLEH

Ahli Kariah Masjid UPM

 

Saya dah lama dah sembayang kat masjid ni lebih kurang 20 tahun . PA system dia . masjid ni dah memang sangat lama dah. Kadang-kadang bunyi. Kadang-kadang tak bunyi.

HAJAH RAMLAH JAAFAR

Ahli Kariah Masjid UPM

 

Memang dah lama dah karpet masjid ni. Dia dah lusuh dah nipis. Kalau saya sujud hidung gatal-gatal lah. Tukar baharu ja lah.

MOHD TAUFIK MOHD AYUP

Kakitangan UPM

 

PA sistem masjid ni bedengung-dengung kadang-kadang tak faham.

MOHAMAD RAIS RAHMAN

Pelajar UPM

 

Besar masjid UPM ni, dah lah tu luas pula. Tapi bila masuk dalam jadi makin panas. Kipas yang ada kat atas pun tak cukup. Lebih-lebih lagi nak tunaikan solat jumaat.

MUINNUDIN MOHD KAMAL

Pelajar UPM

Updated:: 10/07/2018 [nuruliman]

MEDIA SHARING

C1537889828