Wakaf Suara @ Projek Audio Book WAZAN

Pusat Pengurusan Waqf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah bekerjasama dalam menghasilkan aplikasi Wakaf Suara di bawah Projek Buku Audio. Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan telefon pintar untuk membantu OKU penglihatan. Dengan itu, WAZAN telah menyediakan satu platform untuk mana-mana pihak yang berminat untuk mewakafkan buku ataupun suara untuk membaca buku.