Pengenalan

Tabung UPM Prihatin @WAZAN merupakan dana kebajikan umum yang berkonsepkan sedekah, derma dan hadiah.

Sumber tabung UPM Prihatin @WAZAN bukanlah daripada sumbangan wakaf atau pembayaran zakat. Justeru itu, ianya boleh disalurkan kepada sesiapa sahaja yang berkeperluan dan layak, tanpa mengira sama ada penerima tersebut merupakan warga UPM mahu pun masyarakat luar.