Mushaf al-Quran

1. Berserta Panduan Waqaf Ibtida'

Penyusun: Prof Madya Dr Hj Abd Raof Tan Sri Hj Hassan.

Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Saiz: 21.4 cm X 29.2 cm

Cetakan: 4 Warna - Hitam, Merah, Hijau, Biru

Mukasurat: 641 ms

Mula berada di pasaran: Julai 2012

Harga: RM75.00

 

Al-Quran al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.

Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

Al-Quran al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran.

Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

Sangat sesuai digunakan untuk bertadarus kerana al-Quran ini mempunyai tanda wakaf dan ibtida'.

Apa yang menarik dalam al-Quran ini sehingga menjadi yang pertama di dunia?

Al-Quran ini memberi penekanan kepada pendekatan terbaik yang difikirkan dengan memberi warna kepada ayat yang sesuai untuk berhenti membaca dan ayat sesuai memulakan semula bacaan.

Warna merah menunjukkan boleh berhenti pada akhir ayat dan memulakan bacaan pada awal ayat berwarna merah.

Warna hijau adalah perhentian kedua dan bagi yang nafas panjang boleh berhenti pada akhir perkataan berwarna hijau, memulakan bacaan pada awal perkataan berwarna hijau.

Warna biru pula, boleh berhenti pada akhir perkataan berwarna biru dan memulakan bacaan pada perkataan selepasnya. Ketiga-tiga warna itu menjadi petunjuk kepada pembaca supaya memberhentikan bacaan di tempat yang betul.

 

2. Berserta Panduan Waqaf Ibtida' dan Tajwid

Penyusun: Prof Madya Dr Hj Abd Raof Tan Sri Hj Hassan.

Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Harga: RM95.00

 

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ beserta hukum tajwid yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu hukum tajwid dan waqaf ibtida’ (memberhentikan dan memulakan bacaan).

Keistimewaan Al-Quran ini adalah ia menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

Memudahkan para pembaca untuk mengenalpasti hukum hakam bacaan Al-Quran, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan bacaan hukum tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada pertengahan ayat yang panjang.

Al-Quran ini juga sesuai untuk dijadikan permulaan untuk mengenali dan mempelajari hukum tajwid. Didatangkan dengan 4 warna untuk pilihan pengguna iaitu ungu, kuning, hijau dan turquoise.

 

3. Edisi AL-GHUFRAN: Berserta Panduan Waqf Ibtida', Terjemahan dan Nota Kaki

Penyusun: Prof Madya Dr Hj Abd Raof Tan Sri Hj Hassan.

Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Saiz: xxx cm X xxx cm

Cetakan: 4 Warna - Hitam, Merah, Hijau, Biru

Mukasurat: xx ms

Tarikh Terbit: Jan, 2015

ISBN: 9555-056-200-115

Produk Kod: TBAQ 1008

Harga: RM80.00

 

Al-Quran Al-Karim berserta Terjemahan edisi Al-Ghufran dengan Panduan Waqaf Ibtida' yang pertama diterbitkan. Dilengkapi dengan nota kaki bagi menjelaskan makna-makna kalimah yang kabur dan ayat-ayat yang memerlukan penjelasan lebih mendalam. Bertematik  untuk membantu pemahaman ayat mengikut tajuk. Terjemahan kontemporari untuk pelbagai generasi. Keluaran eksklusif dengan adanya warna-warna yang menarik. Sesuai dijadikan hadiah kepada suami isteri, ibu ayah dan sahabat handai.

 

4. Edisi AL-RAYYAN: Berserta Panduan Waqf Ibtida', Terjemahan dan Nota Kaki

Penyusun: Prof Madya Dr Hj Abd Raof Tan Sri Hj Hassan.

Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Saiz: xxx cm X xxx cm

Cetakan: 4 Warna - Hitam, Merah, Hijau, Biru

Mukasurat: xx ms

Tarikh Terbit: Nov, 2015

ISBN: 9555-056-100-615

Produk Kod: TBAQ 1010

Harga: RM48.00

 

5. Mushaf Qiyam Beserta Panduan Waqf Ibtida' dan Rehal Berdiri

Mushaf Qiyam dengan panduan Waqaf Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik.