Pengenalan

 

Sehingga kini, sejumlah 18 buah keluarga merupakan penerima tetap Projek 5:2:2:1 di WAZAN pada setiap bulan dan jumlah tersebut terus meningkat dari masa ke semasa.

Sehubungan itu, marilah bersama-sama kita membantu memenuhi keperluan asas dapur mereka dengan menyertai Projek 5:2:2:1 WAZAN.

Kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat anda yang telah menyertai Projek ini. Anda tahu siapa anda yang kami maksudkan.

Semoga ianya menjadi salah satu asbab keberkatan dalam setiap rezeki dan kebahagiaan keluarga kita.

Amin ya Rabb al-alamin.