| PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)

WAZAN Sertai Persidangan Akhbar Kali Ke-2 Lola Baba Kids Festival 2018

Oleh WAZAN Online

SELANGOR, 2 Ogos – Pihak LOLA BABA telah mengajurkan Persidangan Akhbar Kali Ke-2 pada Khamis bersamaan dengan 2 Ogos 2018.  Persidangan ini telah diadakan di Glory Hall, Ostia Bangi pada jam 3.00 petang.

 

Turut hadir bagi menjayakan persidangan ini ialah YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhamad Sharip Othman Undang Luak Rembau, YB Tuan Mazwan Johar ADUN Sungai Ramal, YBhg Datuk Hj Sabiamad Abdul Ahad, YBhg Datuk Mohd Fauzi Zakaria dan YBhg Datuk Hj Aznil Nawawi.

 

Lola Baba Kids Festival 2018 adalah ilham hasil daripada Eventious Global Sdn. Bhd dengan kerjasama Binsabi Event Solution. Festival ini turut menenrima penyerataan daripada pelbagai organisasi, syarikat serta usahawan seluruh Malaysia termasuklah Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam festival ini, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM turut terlibat dalam mengendalikan gerai khas yang bakal menjadi “One Stop Centre” dalam pemberian barangan kanak-kanak seperti buku, mainan dan sebagainya secara percuma. Selain itu, barangan baru juga akan diterima dan diagihkan kepada insan yang memerlukan.

 

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut ditujukan kepada pihak pengurusan LOLA BABA atas kesudian bekerjasama bersama WAZAN UPM dan Sukarelawan Sahabat Masjid UPM sebagai "Rakan Strategik" bagi menjayakan Festival Kanak-kanak Terbesar di Malaysia yang akan berlangsung sepanjang 26-28 Oktober 2018 di MAEPS.

 

SXDdFAo~