| PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)

WAZAN Jalin Hubungan Dengan iWAQF

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddi

 

Kuala Lumpur, 6 Oktober – WAZAN dan Waqf International Action Council (iWAQF) bersetuju untuk menjalin kerjasama khususnya dalam menyediakan kepakaran dalam bidang pengurusan pembagunan wakaf.

 

 

Perbincangan yang turut dipengerusikan oleh YBhg Datuk Haji Ghazali Mohd Nor, Pengerusi iWAQF dan lima ahli Jawatankuasa Tertinggi iWAQF telah mencapai kata sepakat untuk kedua-dua entiti ini sama-sama berganding bahu menjayakan hasrat memantapkan pengurusan wakaf di Malaysia.

Menurut Datuk Haji Ghazali, “iWAQF akan terus dengan peranannya sebagai penggerak dan pemikir wakaf negara dan global. Sementara WAZAN dan yang entiti wakaf lain termasuk jomwakaf@com, Pertubuhan Wakaf Kesihatan Negara, Awqaf Holdings dan yang lainnya akan terus dengan peranannya, dan sekali gus menjadi pelengkap Industri wakaf negara”.

 

 

Sementara itu, Pengarah WAZAN, iaitu Dr. Haji Razali Othman sendiri melahirkan rasa gembira dengan kerjasama yang dijalin antara kedua-dua pihak ini. Banyak yang WAZAN boleh pelajari tentang pengurusan pembangunan wakaf, khususnya daripada ahli-ahli iWAQF yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang dan kepakaran.

“Menariknya, iWAQF, WAZAN dan yang lainnya akan saling berkerjasama dalam merealisasikan ‘WAKAF sebagai sumber pembiayaan pembangunan ummah”. katanya.

Tambah Dr. Haji Razali lagi, “Saya yakin wakaf akan terus hidup subur dengan kepaduan serta kesamaaan yang dibina ini. Dan, tentunya WAZAN akan terus mainkan peranannya sebagai penggerak utama dalam Wakaf Pendidikan Tinggi Negara. In Shaa Allah”.

 

SXETOAv~