| PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)

WAZAN Anjur Program Ziarah Luar Kampus 3.0 UPM 2018

Oleh Ayu

 

UPM, 11 OKTOBER - Program bersama pelajar merupakan salah satu aktivti yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM.

 

 

 

Oleh yang demikian, pada 11 Oktober 2018 dengan kerjasama antara BHEP dan WAZAN UPM telah dilaksanakan Program Ziarah Luar Kampus 3.0. Aktiviti ini bermula pada pukul 9.00 malam bertempat di kawasan rumah Flat Sri Serdang, Selangor. Pihak WAZAN diwakili Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim bersama Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman (TNC HEPA UPM), Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan kakitangan BHEP UPM melawat ke rumah-rumah sewa yang didiami pelajar yang tinggal di kawasan luar kampus UPM.

 

            

 

Objektif aktiviti ziarah ini dilaksanakan bertujuan melihat sendiri keadaan semasa pelajar dengan memberikan sedikit sumbangan dan beramah mesra bagi mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan UPM dan pelajar. Selain itu, program ini memfokuskan kepada pelajar Asnaf yang tinggal di luar kolej kediaman UPM untuk menyalurkan bantuan kepada mereka. – WAZAN Online

 

 

SXDdSAS~