| PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)

Tabung Wakaf Negara (TWN) Wadah Pemacu Ekonomi Ummah

 

SERDANG, 11 Julai - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)  Universiti Putra Malaysia telah dikunjungi oleh pakar-pakar ekonomi Islam dan pengurusan wakaf buat kali kedua.

Dalam kunjungan tersebut, perbahasan menarik telah diadakan bagi membincangkan topik berkenaan penerimaan pelaksanaan Tabung Wakaf Negara (TWN) bagi golongan bukan Islam dalam mempekasakan ekonomi ummah berasaskan WAKAF di Malaysia.

Harapan daripada hasil perbincangan tersebut ialah WAKAF dan TWN mendapat sokongan daripada semua pihak demi pemerkasaan ekonomi rakyat Malaysia sekaligus menjanjikan negara yang bebas hutang bertunjangkan sistem ekonomi sifar riba.

SXDcRAi~