Pengarah WAZAN Ziarah Imam Masjid UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Pengarah WAZAN Ziarah Imam Masjid UPM

Pengarah WAZAN Ziarah Imam Masjid UPM

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

SERDANG, 28 JUN – Pengarah WAZAN, YBhg Dr. Haji Razali bin Othman telah meluangkan masa menziarahi Imam Masjid UPM, Tuan Haji Asri bin Deraman di rumahnya kelmarin.

 

 

 

Ustaz Asri yang sedang menerima rawatan barah hati masih mampu tersenyum dan tekad untuk terus mendapatkan rawatan. “Setiap penyakit Allah SWT yang jadikan, dan Allah SWT turunkan sebagai satu ujian kepada hamba-Nya”. Katanya.

Tambah ustaz Asri lagi, “setiap penyakit yang Allah SWT turunkan tentu ada ubatnya. Kita perlu beruasaha dan redha dengan ketentuannya”.

Dalam perbualan yang turut dihadiri oleh pegawai Pusat Islam Universiti (PIU), Dr. Razali berjanji akan membawa perkara ini ke Mesyuarat Agihan Zakat UPM dalam waktu terdekat bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ustaz Asri, terutamanya bagi membiayai kos perubatannya. – WAZAN Online

 

 

 

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 05/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYSAX~