Mesyuarat JK Penaja Majlis Tindakan Wakaf Antarabangsa (iWAQF) BIL.5/2018 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Mesyuarat JK Penaja Majlis Tindakan Wakaf Antarabangsa (iWAQF) BIL.5/2018

Mesyuarat JK Penaja Majlis Tindakan Wakaf Antarabangsa (iWAQF) BIL.5/2018

Oleh WAZAN Online

 

 

SERDANG, 6 Ogos – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia menganjurkan Mesyuarat JK Penaja Majlis Tindakan Wakaf Antarabangsa (iWAQF) Bil. 5/2018 yang berlangsung pada 2.30 petang pada hari ini.

Mesyuarat yang bertempat di bilik mesyuarat WAZAN UPM telah berjalan dengan lancar. Sehingga ke hari ini, pihak WAZAN UPM telah terpilih sebagai urusetia dan tuan rumah untuk lima (5) kali Mesyuarat JK Penaja iWAQF berturut-turut sejak mesyuarat kali pertama yang telah diadakan pada 28 Jun 2018.

Semoga segala yang dirangka akan dapat direalisasikan dengan jayanya di bawah limpah hidayah dan inayah dari-NYA.

 

Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUDAq~