| PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)

Lawatan Kerja Delegasi Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

Oleh WAZAN Online

SERDANG, 26 Julai - Lawatan kerja delegasi UniMAP yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Wira Dr. Mohd Salled Hj. Din, Penolong Naib Canselor (Keusahawanan & Kelestarian Kewangan) UniMAP bertempat di bilik mesyuarat Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung pada 10.00 pagi ini.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pengalaman dan kepakaran WAZAN dalam hal ehwal pengurusan wakaf, pembangunan usahawan asnaf, pengurusan endowmen dan pengurusan aktiviti kesukarelawanan.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta kerjasama yang berterusan dan berjaya mencapai objektif yang disasarkan antara kedua-dua pihak.

 

 

SXEQWAm~