| PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)

Jualan Amal Rakan Bakti Putra Raih Sambutan di Pesta Konvokesyen UPM Ke-42

Oleh Nuruliman Ibrahim

 

UPM, 30 OKTOBER -  Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen telah berlansung selama 5 hari bermula dari 26 sehingga 30 Oktober 2018. Ekspo dan pesta tersebut diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) UPM ke-42. Rakan Bakti Putra telah terlibat dalam menjayakan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen dengan mengadakan jualan bunga bagi projek Jualan Amal Rakan Bakti Putra.

 

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan projek Jualan Amal Rakan Bakti Putra, khususnya pasukan staf Pejabat Bursar UPM, staf WAZAN UPM dan pasukan Rakan Bakti Putra pelajar asnaf UPM yang bertungkus lumus dari awal pagi hingga lewat malam sepanjang 5 hari 4 malam berturut-turut.

 

 

 

Hasil daripada projek jualan amal ini, banyak ilmu dan pengalaman yang dapat diperolehi oleh Rakan Bakti Putra yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan jualan amal ini, bermula dari sebelum proses gubahan, sehinggalah kepada proses pemasaran dan jualan. Semua hasil keuntungan projek jualan amal ini dimasukkan ke dalam Tabung Rakan Bakti Putra yang memfokuskan kepada bantuan sara diri tambahan untuk para pelajar asnaf UPM, juga sebagai bantuan modal perniagaan untuk projek-projek pembangunan pelajar asnaf UPM. – WAZAN Online

 

 

SXETEAK~