Sister Sabria Dampingi Pelajar Asnaf Seliaan WAZAN UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » Sister Sabria dampingi pelajar asnaf seliaan WAZAN UPM

Sister Sabria dampingi pelajar asnaf seliaan WAZAN UPM

Oleh WAZAN Online

SERDANG, 4 Mac - Ikon yang mendapat jolokan Muslim Mother Teresa dari Montreal, Kanada, Sister Sabariah yang berasal dari Malaysia mendampingi 50 pelajar asnaf fakir di bawah seliaan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam penyediaan juadah makanan khas secara rewang pada Majlis Tautan Hati bersama Sister Sabariah.

Majlis di Kompleks Makanan (Food 6), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM itu melibatkan 30 sukarelawan daripada kalangan ahli Sahabat Masjid UPM yang menyediakan juadah berkenaan.

Ikon berusia 70 tahun itu terkenal di peringkat antarabangsa dengan amal bakti memberi makanan kepada gelandangan selama 30 tahun di Montreal, Kanada.

Yayasan beliau, Sabria Foundation berkongsi pengalaman dengan pertubuhan amal UPM, Sahabat Masjid UPM berkaitan kaedah penganjuran program tanggungjawab sosial.

Majlis julung kali anjuran Sahabat Masjid UPM itu bertujuan mengerat hubungan antara Sabria Foundation dan pihak pengurusan universiti di samping memberi peluang kepada pelajar mengenali Sister Sabariah dengan lebih dekat, selain mewujudkan jaringan dua hala bersama sebuah yayasan sukarelawan milik rakyat malaysia yang terkenal di luar negara dengan UPM.

 

 

Date of Input: 05/05/2018 | Updated: 05/05/2018 | nuruliman

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1544633738