JOM KITA BERWAKAF DI BULAN RAMADAN! - MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN DAN MENCARI PAHALA YANG BERTERUSAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTICLE » JOM KITA BERWAKAF DI BULAN RAMADAN! - MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN DAN MENCARI PAHALA YANG BERTERUSAN

JOM KITA BERWAKAF DI BULAN RAMADAN! - MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN DAN MENCARI PAHALA YANG BERTERUSAN

Wakaf fasiliti masjid UPM

Wakaf merupakan salah satu amal yang sangat dituntut dalam Islam. Ini kerana wakaf termasuk amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan oleh Allah SWT selama harta tersebut dimanfaatkan. Seiring dengan senario di atas, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) telah pun mewujudkan Dana Wakaf Ilmu UPM.

Alhamdulillah, sehingga akhir tahun 2016, sejumlah RM7.8 juta dana wakaf yang disumbangkan oleh warga UPM dan masyarakat sekitar telah digunakan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada warga UPM. Ini termasuk penyediaan hadiah biasiswa wakaf kepada pelajar program Sains Asasi, Diploma, Ijazah dan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), dermasiswa pelajar asasi, bantuan projek pelajar tahun akhir, pembelian dan pengagihan kitab/buku dan penyelengaraan kenderaan.

Sejumlah RM1.1 juta telah diagihkan kepada Pusat Islam UPM untuk menambahbaik serta memberi keselesaan beribadah di Masjid UPM. Empat unit kipas gergasi telah dipasang dan karpet baharu dalam proses pembelian untuk dipasang di masjid UPM. Sementara itu, WAZAN juga telah memperuntukkan sejumlah RM2.8 juta untuk membeli sebuah lot rumah kedai (berhampiran Masjid Sultan Tuanku Mizan, Putrajaya). Hasil daripada sewaan bangunan tersebut akan digunakan untuk menunaikan hasrat pewakaf termasuk penyediaan hadiah biasiswa pelajar.

Bagi memastikan Dana Wakaf Ilmu UPM terus berkembang subur, dan dimanfaatkan sebaik mungkin, saya sangat berterima kasih dan memohon sumbangan ikhlas wakaf daripada YBhg Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan bertepatan dengan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan yang dijanjikan Allah SWT. Sumbangan wakaf tersebut boleh dibuat terus di Kaunter Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), bersebelahan dengan bangunan Pejabat Pos, UPM.

Bagi sumbangan menggunakan cek, sila salurkan/tuliskan untuk UPM DANA WAKAF ILMU. Sumbangan juga boleh dibuat menerusi perbankan atas talian di No. Akaun CIMB 8602-68-4995. Bagi memudahkan urusan sumbangan berkenaan, WAZAN menyediakan platform crowdfunding MySadaqah@WAZANdiHati di Laman Sesawang, di alamat mysadaqah.upm.edu.my atau telefon pintar versi google store atau app store di bawah carian mysadaqah. Selain daripada itu, sumbangan YBhg Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh dibuat menerusi perbankan CIMB Clicks, e-Claim, e-Jurnal dan Peti Besi Wakaf yang ditempatkan di dalam masjid UPM, Pusat Islam UPM, Pejabat Golf UPM, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Pusat Kesihatan UPM.

WAZAN juga menyediakan perkhidmatan Wakaf & Zakat: Anda Bertanya, WAZAN Menjawab” bagi memastikan YBhg Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mendapat maklumat yang tepat tentang wakaf dan zakat yang disumbangkan ke Dana Wakaf Ilmu UPM. Pegawai WAZAN iaitu Ustaz Nuruliman Ibrahim di talian 010-6314001, atau Ustaz Zuhaimi di talian 012-8738277 sedia untuk membantu sebarang perkara yang menjadi kemuskilan YBhg Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, In Shaa Allah.

Segala kerjasama dan sumbangan ikhlas wakaf YBhg Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat saya hargai, dan diucapkan jutaan terima kasih. Saya juga mendoakan semoga Allah SWT memelihara serta memberi ganjaran pahala yang besar serta berkekalan kepada YBhg Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan seperti dalam hadis di bawah:

“Apabila anak Adam telah meninggal dunia, maka putuslah semua amalnya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya” (Shahih Muslim, No. Hadith: 3084).

Sekian, Wassalam.

Updated:: 15/06/2017 [muhammad.isam]

MEDIA SHARING

SEE ALSO
PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-89471021/1022
03-89472048
C1506235201