Skuad WAZAN

.

 

SKUAD WAZAN merupakan satu perkhidmatan yang ditubuhkan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment(WAZAN). Tujuan utama SKUAD WAZAN ialah untuk memudahkan warga Universiti Putra Malaysia(UPM) dan sekitarnya untuk membayar zakat dan mewakafkan harta. SKUAD WAZAN akan datang ke lokasi anda bagi memudahkan pembayar untuk membuat bayaran atau kiraan wakaf dan zakat. Hal ini sekaligus dapat membantu warga UPM dan sekitarnya untuk menunaikan kewajipan walaupun berhadapan dengan kekangan di sekeliling seperti jadual kerja yang padat, jalan raya yang sesak dan sebagainya.