Hala Tuju WAZAN

"WAZAN di Hati"

 

2016 : Fasa Penubuhan

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) secara rasminya telah dikuatkuasakan penubuhannya pada 1 Oktober 2016 di bawah portfolio Pejabat Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) baharu, WAZAN perlu mewujudkan pelbagai keperluan yang strategik dan signifikan dalam merealisasikan transformasi pengurusan dan pentadbiran WAZAN pada landasan yang tepat.

 

2019 : Fasa Pengukuhan

Fasa pengukuhan adalah fasa pelaksanaan strategi-strategi yang telah diwujudkan dalam melonjakkan lagi prestasi  WAZAN.

 

2022: Fasa Pemantapan

Fasa pemantapan pula adalah fasa untuk memperhalusi setiap sistem dan strategi yang telah digunakan bagi mencapai kecemerlangan yang berterusan.

 

2025: Fasa Kecemerlangan

Fasa kecemerlangan adalah fasa untuk mempertahankan dan mempertingkatkan lagi keberhasilan pencapaian yang membanggakan.

 

WAZAN The Little al-Azhar

Impian WAZAN adalah untuk muncul sebagai The Little al-Azhar selaras dengan misi menjadi salah satu pusat pengurusan wakaf, zakat dan endowmen yang bereputasi antarabangsa dengan peningkatan aset, hasil kutipan dan dana agihan.